29.12.11

mustajab

assalamualaikum.

cuti semester merupakan satu keindahan yang diidamkan oleh setiap rakyat yang bergelar pelajar universiti, maktab, kolej, politeknik dan sebagainya. cuti semester juga merupakan medan kebosanan, ketakutan, kegembiraan dan pelbagai medan lagi. ketakutan di sini bermakna takut gemuk. ha kau senyum. kau pun sama. kau. kau. kau dan kau juga mengalami masalah yang sama.

dulu masa kat sekolah menengah, aku pelik kenapeeeeeee lah kakak aku yang masa tu usia dalam 21 ke 23 risau sangat dengan berat badan die sampai ikat perut tak nak makan nasi. aku memang pelik nauzubillah. pebenda kau kak nak diet diet? makan je la. tengok aku ni ha selambak makanan aku bantai masuk perut jadi tahi. semua jenis nutrien aku sapu. dari karbohidrat sampai lemak, takde bentuk piramid dah. tegak je bentuk segi empat.

memang la masa sekolah menengah metabolisme tinggi sebab ada sukan lah, kawat lah, perah otak jawab soalan kimia biologi fizik yang jarang dapat B tapi dapat C D. bantai soalan add math sampai kerut kerut dahi peluh peluh bagai tapi tak pernah lulus, tu semua guna tenaga. sebab tu makan banyak pun dia hadam baik punya.

tapi. bila dah cuti lepas spm yang lama macam pebenda cuti tak abis abis? ha time tu la kau tidur macam kat dunia ni tak payah buat amal ibadah, makan macam besok dah takde dah hari untuk kau, goyang kaki lalala macam eh rumah kau ni memang tak payah sapu sapu ke? ha mengular je pagi petang maghrib isyak, memang la sikit sikit lemak kau terbina dengan cemerlang. nak exercise petang petang lagi la mustahil bagai menggapai bintang di awan.

eh jauhnya aku patah balik? jadi, bila cuti semester yang sebulan setengah ni macam macam la merungut. bila peha kau dah bergesel, cangkuk kain baju kurung kau dah tak boleh cantumkan, baju kau dah kena tukar saiz dari 38 jadi 42, saiz cincin jari manis kau dari 11 jadi 12, mula lah menyesal tertonggeng muka tutup bantal?

apa? naik cuti nanti kau berazam nak amalkan diet yang sihat? i tell you what lah. mula mula masuk sem memang beratur orang jogging petang petang bhhaaii.. termasuk aku lah tu. sikit lagi nak tengah tengah sem, ada la jugak lagi tapi dah kurang, hujung sem.. eh? satu.. dua.. oh tu ada lagi joging nak naik bukit tu.. tiga.. hmm.. oh masa tu aku pun baru balik dari bandar beli makanan.

jadi. dengan azam (lagi) tahun baru ni, aku dah berazam nak perbaiki diet sihat aku.
aku akan berusaha sapu losyen mustajab kat satu badan. oh ya, losyen tu yang kalau boleh yang paling panas, halia tambah limau nipis. baru boleh jadi nora danish. bye.