2.7.12

latihan amali menjadi garang

yuhu.

perkara paling memualkan untuk aku semester ni adalah untuk menghadapi sesi praktikum. benda benda macam ni otometik ortopedik boleh buat mood bercinta dan gembira aku berubah paksi 6490 darjah. betapa berubahnya.

oi sape sape tolong buatkan rancangan pengajaran harian aku oi.

bukanlah aku menolak ketentuan takdir, tapi perasaan malas aku yang menggunung yang lagi tinggi dari gunung ni membuatkan hati memberontak untuk malas. malas. malas. malas.

syaiton betul syaiton ni perangai macam syaiton menempel menjadikan aku malas.

ah macam ni ada bagus aku tidur sementelah kelas mula pukul 10.30 pagi. dah praktikum nanti belum tentu ada masa tidur. harapan supaya syaiton tak menempel untuk goda aku tinggal amal ibadat.

21.5.12

periksa pertengahan tahun darjah 4

hai.


peperiksaan adalah satu kata nama am yang buat semua orang, tak kira budak kecik, budak sederhana kecik, budak sekolah menengah, sekolah rendah, institut pengajian tinggi, orang dah tua, orang dah nak dewasa dan semua orang, semua orang, semuuuuuuuaaa orang tak sukaaaaa...!

macam aku sekarang, besok periksa. kalau sekolah dulu, asal nak gerak gempur je aku selsema. aku pun tak paham. menurut orang yang lebih berilmu daripada aku, tu namanya stress. satu quote ambik dari laman sosial bunyi dia macam ni.


FINAL TIME : time in which students start doing weird things which they usually don't do. For example, cleaning the house, doing the laundry, washing the dishes or even talking to their parents just to avoid LEARNING.


memang. memang. memang tu lah yang terjadi. time tu la kau nak sapu sampah lah, berus sinki pantry lah, basuh kasut sukan lah, kemas kemas baju bagi rata lipatan dia lah, kemas barang yang tak guna lah.. semua tu memang kena buat time nak exam pun. memang betul timing kau..


jadi, tidur adalah salah satu jalan penyelesaian paling cerdas dan tak membazir. good night.

1.1.12

2012

assalamualaikum.

habis? semua orang nak ucap tahun baru new year?
azam tahun 2006 je yang berjaya dicapai setakat ni iaitu belajar masak.
lepas tu dah tak buat azam.
ah azam ke tak azam sama je.

hari ni 2012. semalam 2011.
ni apahal yang tiap kali nak update blog tangan kau nak sejuk sejuk macam nak kena pinang ni? gila.

2011. hmm 2011... kejadian yang paling besar sekali adalah kelahiran anak menakan kedua oleh keturunan nur zaiti wahid iaitu saudara perempuan seibu sebapa dengan aku ataupun kakak kandung pada 26 november 2011. dia nak jugak keluar tarikh 26 tu tak nak kalah dengan abang dia yang lahir 26 jun 2010.


abang sayang adik katanya.

lain lain perkara biasa je.
yang penting semua sihat sihat belaka amboi alhamdulillah.

ada la jugak seperti tersepit jari kat pintu, baju paling cantik kau ada terbakar masa gosok, berat badan naik mendadak, henpon masuk lubang jamban, kasut tumit kau putus masa nak naik bukit, tersadung di tangga mahupun di jalanan yang ramai orang lepas tu buat buat gelak nak tutup malu, ada tu kawan yang terkena wap panas sampai melecur kulit. yang tu tak paham takde benda lain dia nak cuba.

oh tak lupa juga kawan sekemalangan dulu tak bernasib baik kemalangan lagi sekali. mohon sembuh cepat. takpelah semua benda ada hikmah. yang ada macam putus kasih putus cinta, mohon sabar. ada yang lebih gojes menunggu. kalau takdak, hang mintak la banyak banyak kat Tuhan biaq hang dapat jodoh yang baik baik. yang tengah ada mata ayaq tu, mai lah kita pakat ramai ramai setapak ke hadapan untuk menjadi insan cemerlang dunia akhirat. paham?

lepas tu untuk tahun 2012, semoga semua rakyat dunia mendapat keredhaan Allah untuk menjadi hamba yang mantop dunia akhirat.

tak lupa jugak sedekah Al Fatihah yang dah pergi pada 2011 dan tahun tahun sebelumnya.
Al Fatihah..

yang penting kau sihat walafiat, masih bernafas, masih boleh pakai kasut baru, boleh berebut rebut bilik naik semester nanti, boleh gaduh siapa cepat dia masuk toilet best dulu, boleh berjalan jalan tengok keindahan ciptaan Tuhan sambil melempiaskan ringgit ringgit Malaysia kau, masih boleh merasa musim rambutan dan masih boleh tambah amal ibadah.

sekarang ni aku rasa malas. malas nak kemas barang. malas nak balik tempat pengajian. apahal? apahal? apahal cuti dah abis? apahaaaaaalll?

29.12.11

mustajab

assalamualaikum.

cuti semester merupakan satu keindahan yang diidamkan oleh setiap rakyat yang bergelar pelajar universiti, maktab, kolej, politeknik dan sebagainya. cuti semester juga merupakan medan kebosanan, ketakutan, kegembiraan dan pelbagai medan lagi. ketakutan di sini bermakna takut gemuk. ha kau senyum. kau pun sama. kau. kau. kau dan kau juga mengalami masalah yang sama.

dulu masa kat sekolah menengah, aku pelik kenapeeeeeee lah kakak aku yang masa tu usia dalam 21 ke 23 risau sangat dengan berat badan die sampai ikat perut tak nak makan nasi. aku memang pelik nauzubillah. pebenda kau kak nak diet diet? makan je la. tengok aku ni ha selambak makanan aku bantai masuk perut jadi tahi. semua jenis nutrien aku sapu. dari karbohidrat sampai lemak, takde bentuk piramid dah. tegak je bentuk segi empat.

memang la masa sekolah menengah metabolisme tinggi sebab ada sukan lah, kawat lah, perah otak jawab soalan kimia biologi fizik yang jarang dapat B tapi dapat C D. bantai soalan add math sampai kerut kerut dahi peluh peluh bagai tapi tak pernah lulus, tu semua guna tenaga. sebab tu makan banyak pun dia hadam baik punya.

tapi. bila dah cuti lepas spm yang lama macam pebenda cuti tak abis abis? ha time tu la kau tidur macam kat dunia ni tak payah buat amal ibadah, makan macam besok dah takde dah hari untuk kau, goyang kaki lalala macam eh rumah kau ni memang tak payah sapu sapu ke? ha mengular je pagi petang maghrib isyak, memang la sikit sikit lemak kau terbina dengan cemerlang. nak exercise petang petang lagi la mustahil bagai menggapai bintang di awan.

eh jauhnya aku patah balik? jadi, bila cuti semester yang sebulan setengah ni macam macam la merungut. bila peha kau dah bergesel, cangkuk kain baju kurung kau dah tak boleh cantumkan, baju kau dah kena tukar saiz dari 38 jadi 42, saiz cincin jari manis kau dari 11 jadi 12, mula lah menyesal tertonggeng muka tutup bantal?

apa? naik cuti nanti kau berazam nak amalkan diet yang sihat? i tell you what lah. mula mula masuk sem memang beratur orang jogging petang petang bhhaaii.. termasuk aku lah tu. sikit lagi nak tengah tengah sem, ada la jugak lagi tapi dah kurang, hujung sem.. eh? satu.. dua.. oh tu ada lagi joging nak naik bukit tu.. tiga.. hmm.. oh masa tu aku pun baru balik dari bandar beli makanan.

jadi. dengan azam (lagi) tahun baru ni, aku dah berazam nak perbaiki diet sihat aku.
aku akan berusaha sapu losyen mustajab kat satu badan. oh ya, losyen tu yang kalau boleh yang paling panas, halia tambah limau nipis. baru boleh jadi nora danish. bye.

20.1.11

bedak

ketawa memang penawar duka.
tapi gelak lebih lebih kang jadi member syaitonnirrojim pulak.
tapi kami tak sengaja gelak lebih.
lepas tu kena istighfar banyak banyak lebih dari gelak macam setan tadi.

macam ni.
si A nak main solek solek muka dengan si B.
lepas tu, dia mintak bedak yang bukan bedak compact tu untuk pakai kat mata.
masa tu 3 4 orang je dalam bilik.
mula la masing masing tanya panggilan masing masing untuk bedak yang bukan bedak compact tu.



yang ni, bedak compact.



yang ni, bedak.....?


1.
aku la orang pertama yang ditanya.
aku jawab la "bedak talkum".
berderai gelak budak 3 orang tadi.
gelak sampai mengalir ayer mata.

2.
tanya yang lain, "aku panggil bedak tepuk".
aku balas gelak tadi 3 kali ganda gelak setan.
guling guling.

3.
tanya lagi sorang, "panggil ape? ala aku panggil ape ek? panggil bedak dalam botol la".
lagi sekali gelak kitorang berpadu bak peluru berpandu.
gila panjang nama dia bagi.

4.
pastu sorang lagi, "aku panggil bedak debu".
toloonggg...lagi sekali gelak..tak larat..
macam debu pasir lak.

5.
pastu ada 2 orang masuk bilik.
kitorang tanya macam ni, "eh ko panggil bedak ni ape? kalau dia xde nama specific. contohnya ko xnak bedak compact tapi ko nak bedak...... ape? "
"aku panggil bedak serbuk".
lagi sekali gelak tak ingat. YA RABBI..
"serbuk kari ke ape?"

yang sorang lagi dia tak ingat dia panggil apa.
dia kata dia panggil ikut jenama bedak tu walaupun bedak tu dibungkus dalam kertas.
yang ni budak bijak.

6.
lagi sorang masuk dengan ceria.
pastu kitorang tanya soalan yang sama.
dia jawab, "bedak botol".
gelak lagi lagi lagi dan lagi.
kawan tu duk la terpinga-pinga tak tau hujung pangkal cerita.
ok takpela, pendek sikit dari nama "bedak dalam botol" tadi.

makin ramai ahli yang join.
dan ramai jugak setan yang tengah bertenggek join kitorang gelak.

7.
pastu kitorang lupa nak tanya sorang lagi.
A bukan nama sebenar.
"eh ko panggil ape?".."aku panggil bedak wangi la"
lagi sekali ketawa bergema kat bilik tu. ketawa tak ingat.
yang ni serius aku gelak sampai sakit dada.
ade ke bedak busuk wei? ko pegi kedai, ko tanya, "ada bedak wangi?" ke?

8.
pastu masuk sorang lagi.
"ha akak panggil ape bedak ni?" (dia dah tau hujung pangkal cerita)
"akak panggil bedak badan" (dengan yakin)
bedak kat tempat lain nak panggil ape ek?
lagi lagi lagi lagi sekali gelak sampai kuar air mata.
YA RABBI..

9.
petang tu kitorang tanya kawan lain.
akak panggil ape kak bedak tu kak?
"akak panggil bedak kecik kot"
kih kih kih aku gelak dalam kereta tu dengan yang lain.

10.
"haha eh ha akak panggil ape pulak?"
"akak panggil ape ek? panggil bedak bontot baby"
hahahahahahahahaha lagi dan lagi.
yang ni aku tak main main gelak.


harapnya semua ni hanya hiburan semata mata. jangan terasa. lagi satu, gelak ingat ingat. ingat ALLAH wei..

survey nama bedak yang bukan bedak compact tu.

bedak tepuk-1
bedak talkum-4
bedak badan-1
bedak dalam botol-1
bedak botol-1
bedak debu-2
bedak wangi-1
bedak serbuk-1
panggil bedak ikut nama-1
bedak kecik-1
bedak bontot baby-1

(gelak) tapi panggilan sebenar adalah bedak talkum. try google! sweetnya kawan kawan aku.

ambik wuduk, g ngaji.