31.7.10

tiga puluh

nadira jhs telah mendera mental saya untuk meng'list' 30 perkara tentang diri saya. hoho. thanx kak nad (^_^)

30 fakta tentang saya.

1. nama penuh saya SITI ANISA BINTI WAHID. dan nama yang sebijik macam nama saya sangat jarang ditemui. setakat ni baru jumpe seorang kanak-kanak tadika perempuan kat melaka. name die SITI ANISA.

2. jari kelingking tangan kanan saya ada 4 ruas berbanding kelingking kiri saya ada 3 ruas iaitu bersamaan dengan orang lain. tapi saya normal!

3. saya lemah matematik. kat skolah dulu mase tingkatan 3 baru dapat tangkap lesson form1 n form2. tapi mak bapak saya tak tau pun.

4. saya sangat sensitif dan mudah merajuk. annoying kan?

5. saya ada kawan rapat sebanyak 4 orang. dan keempat empat kami kini dalam proses nak jadi cekgu kat institut pendidikan guru.

6. saya ada seorang boipren. (blushing) kami mula berhubung pada 14 januari 2007. besday die 14 mei 1989. besday saye 14 ogos 1990. semua adalah kebetulan. saya sayang dia.

7. mase mak saya mengandungkan saya dulu, mak macam tumpah darah. dan nurse tu kata kalau saye lahir pun mungkin cacat. er..tapi alhamdulillah saya normal! hey2! :D

8. saya pernah accident jatuh motor patah tangan. itulah kali pertama dan saya harap yang terakhir. itulah kenangan pahit saya dan jugak kenangan manis saya.

9. wajib bawak earphone sony ericson kecintaan saya bila berjalan jauh naik bus. tak suke bunyi bas.

10. saya jarang minat coklat atau gula gula.

11. sebenarnye saya ada cita-cita nak bukak sebuah taska. tinggi sangat ke angan angan? takpe saya cuba capai.

12. saya tak pandai bergaya.

13. saya jarang meluahkan isi hati sebenar saya. adakah saya akan jadi gila?

14. sejak lahir sampai tingkatan 5, saya tak pernah masuk skolah asrama. kali pertama masuk asrama masa kat matrikulasi kedah. masa tu saya cuma bawak 3 helai t-shirt lengan pendek dan banyak baju lengan panjang untuk pakai kat hostel sebab saya ingat kat hostel kena pakai baju lengan panjang selalu. kelakar kan?

15. saya boleh menari sikit sikit. tapi irama malaysia la. hehe.

16. saya bakal cikgu yang mengajar murid pemulihan iaitu pelajar yang lambat pick-up.

17. saya mula mengamalkan prinsip hidup "mesti optimis" masa belajar kat institut pendidikan guru. skema kan saya? peduli apa saya yang penting ia boleh elakkan saya merungut sepanjang tahun.

18. saya boleh memasak. saya tak kata saya pandai memasak.

19. saya mengikut jejak langkah mak dan bapak saya iaitu jadi cikgu.

20. jangan berlagak depan saya dan saya akan meluat sejuta kali dalam hati. berdosa saya tau tak?

21. kalau boleh saya nak kawin awal. sebelum posting ke.. (blushing)

22. saya sudah lama memendam perasaan untuk bermain alat muzik tapi belum tercapai.

23. saya jarang dapat bertahan untuk berjaga kalau jalan jauh. paling teruk kalau masuk kereta@bas terus cari posisi terbaik untuk tido.

24. saya tersangat gemarkan baby dan kanak-kanak.

25. saya tak tahu darah saya jenis apa.

26. saya selalu rindukan zaman sekolah menengah saya especially zaman tingkatan 4 dan 5. hehe. ada sesuatu di situ.

27. saya seorang yang bercakap laju sampai kadang kadang orang tak faham saya cakap ape. dulu saya selalu merajuk dengan family saya bila diorang tegur atau mengejek.

28. saya jugak ada perasaan dan keinginan untuk jadi lebih baik macam kawan kawan saya yang baik baik, tapi belum diberi hidayah. hidayah milik allah. saya sedang cuba cari.

29. saya mula tahu erti keluarga bila duduk jauh dan selalu homesick. mengada ngada kan?

30. yang ketiga puluh ni special untuk kak nad, susahnye nak list 30 ni. on the way balik kampung pun saya terfikir fikir tau. hehe.

saya nak tag :

1. chiquita ficha
2. delasposyen
3. hatibalqis
4. ainul mujahidah
5. myhearty