1.1.12

2012

assalamualaikum.

habis? semua orang nak ucap tahun baru new year?
azam tahun 2006 je yang berjaya dicapai setakat ni iaitu belajar masak.
lepas tu dah tak buat azam.
ah azam ke tak azam sama je.

hari ni 2012. semalam 2011.
ni apahal yang tiap kali nak update blog tangan kau nak sejuk sejuk macam nak kena pinang ni? gila.

2011. hmm 2011... kejadian yang paling besar sekali adalah kelahiran anak menakan kedua oleh keturunan nur zaiti wahid iaitu saudara perempuan seibu sebapa dengan aku ataupun kakak kandung pada 26 november 2011. dia nak jugak keluar tarikh 26 tu tak nak kalah dengan abang dia yang lahir 26 jun 2010.


abang sayang adik katanya.

lain lain perkara biasa je.
yang penting semua sihat sihat belaka amboi alhamdulillah.

ada la jugak seperti tersepit jari kat pintu, baju paling cantik kau ada terbakar masa gosok, berat badan naik mendadak, henpon masuk lubang jamban, kasut tumit kau putus masa nak naik bukit, tersadung di tangga mahupun di jalanan yang ramai orang lepas tu buat buat gelak nak tutup malu, ada tu kawan yang terkena wap panas sampai melecur kulit. yang tu tak paham takde benda lain dia nak cuba.

oh tak lupa juga kawan sekemalangan dulu tak bernasib baik kemalangan lagi sekali. mohon sembuh cepat. takpelah semua benda ada hikmah. yang ada macam putus kasih putus cinta, mohon sabar. ada yang lebih gojes menunggu. kalau takdak, hang mintak la banyak banyak kat Tuhan biaq hang dapat jodoh yang baik baik. yang tengah ada mata ayaq tu, mai lah kita pakat ramai ramai setapak ke hadapan untuk menjadi insan cemerlang dunia akhirat. paham?

lepas tu untuk tahun 2012, semoga semua rakyat dunia mendapat keredhaan Allah untuk menjadi hamba yang mantop dunia akhirat.

tak lupa jugak sedekah Al Fatihah yang dah pergi pada 2011 dan tahun tahun sebelumnya.
Al Fatihah..

yang penting kau sihat walafiat, masih bernafas, masih boleh pakai kasut baru, boleh berebut rebut bilik naik semester nanti, boleh gaduh siapa cepat dia masuk toilet best dulu, boleh berjalan jalan tengok keindahan ciptaan Tuhan sambil melempiaskan ringgit ringgit Malaysia kau, masih boleh merasa musim rambutan dan masih boleh tambah amal ibadah.

sekarang ni aku rasa malas. malas nak kemas barang. malas nak balik tempat pengajian. apahal? apahal? apahal cuti dah abis? apahaaaaaalll?