20.1.11

bedak

ketawa memang penawar duka.
tapi gelak lebih lebih kang jadi member syaitonnirrojim pulak.
tapi kami tak sengaja gelak lebih.
lepas tu kena istighfar banyak banyak lebih dari gelak macam setan tadi.

macam ni.
si A nak main solek solek muka dengan si B.
lepas tu, dia mintak bedak yang bukan bedak compact tu untuk pakai kat mata.
masa tu 3 4 orang je dalam bilik.
mula la masing masing tanya panggilan masing masing untuk bedak yang bukan bedak compact tu.



yang ni, bedak compact.



yang ni, bedak.....?


1.
aku la orang pertama yang ditanya.
aku jawab la "bedak talkum".
berderai gelak budak 3 orang tadi.
gelak sampai mengalir ayer mata.

2.
tanya yang lain, "aku panggil bedak tepuk".
aku balas gelak tadi 3 kali ganda gelak setan.
guling guling.

3.
tanya lagi sorang, "panggil ape? ala aku panggil ape ek? panggil bedak dalam botol la".
lagi sekali gelak kitorang berpadu bak peluru berpandu.
gila panjang nama dia bagi.

4.
pastu sorang lagi, "aku panggil bedak debu".
toloonggg...lagi sekali gelak..tak larat..
macam debu pasir lak.

5.
pastu ada 2 orang masuk bilik.
kitorang tanya macam ni, "eh ko panggil bedak ni ape? kalau dia xde nama specific. contohnya ko xnak bedak compact tapi ko nak bedak...... ape? "
"aku panggil bedak serbuk".
lagi sekali gelak tak ingat. YA RABBI..
"serbuk kari ke ape?"

yang sorang lagi dia tak ingat dia panggil apa.
dia kata dia panggil ikut jenama bedak tu walaupun bedak tu dibungkus dalam kertas.
yang ni budak bijak.

6.
lagi sorang masuk dengan ceria.
pastu kitorang tanya soalan yang sama.
dia jawab, "bedak botol".
gelak lagi lagi lagi dan lagi.
kawan tu duk la terpinga-pinga tak tau hujung pangkal cerita.
ok takpela, pendek sikit dari nama "bedak dalam botol" tadi.

makin ramai ahli yang join.
dan ramai jugak setan yang tengah bertenggek join kitorang gelak.

7.
pastu kitorang lupa nak tanya sorang lagi.
A bukan nama sebenar.
"eh ko panggil ape?".."aku panggil bedak wangi la"
lagi sekali ketawa bergema kat bilik tu. ketawa tak ingat.
yang ni serius aku gelak sampai sakit dada.
ade ke bedak busuk wei? ko pegi kedai, ko tanya, "ada bedak wangi?" ke?

8.
pastu masuk sorang lagi.
"ha akak panggil ape bedak ni?" (dia dah tau hujung pangkal cerita)
"akak panggil bedak badan" (dengan yakin)
bedak kat tempat lain nak panggil ape ek?
lagi lagi lagi lagi sekali gelak sampai kuar air mata.
YA RABBI..

9.
petang tu kitorang tanya kawan lain.
akak panggil ape kak bedak tu kak?
"akak panggil bedak kecik kot"
kih kih kih aku gelak dalam kereta tu dengan yang lain.

10.
"haha eh ha akak panggil ape pulak?"
"akak panggil ape ek? panggil bedak bontot baby"
hahahahahahahahaha lagi dan lagi.
yang ni aku tak main main gelak.


harapnya semua ni hanya hiburan semata mata. jangan terasa. lagi satu, gelak ingat ingat. ingat ALLAH wei..

survey nama bedak yang bukan bedak compact tu.

bedak tepuk-1
bedak talkum-4
bedak badan-1
bedak dalam botol-1
bedak botol-1
bedak debu-2
bedak wangi-1
bedak serbuk-1
panggil bedak ikut nama-1
bedak kecik-1
bedak bontot baby-1

(gelak) tapi panggilan sebenar adalah bedak talkum. try google! sweetnya kawan kawan aku.

ambik wuduk, g ngaji.

31.7.10

tiga puluh

nadira jhs telah mendera mental saya untuk meng'list' 30 perkara tentang diri saya. hoho. thanx kak nad (^_^)

30 fakta tentang saya.

1. nama penuh saya SITI ANISA BINTI WAHID. dan nama yang sebijik macam nama saya sangat jarang ditemui. setakat ni baru jumpe seorang kanak-kanak tadika perempuan kat melaka. name die SITI ANISA.

2. jari kelingking tangan kanan saya ada 4 ruas berbanding kelingking kiri saya ada 3 ruas iaitu bersamaan dengan orang lain. tapi saya normal!

3. saya lemah matematik. kat skolah dulu mase tingkatan 3 baru dapat tangkap lesson form1 n form2. tapi mak bapak saya tak tau pun.

4. saya sangat sensitif dan mudah merajuk. annoying kan?

5. saya ada kawan rapat sebanyak 4 orang. dan keempat empat kami kini dalam proses nak jadi cekgu kat institut pendidikan guru.

6. saya ada seorang boipren. (blushing) kami mula berhubung pada 14 januari 2007. besday die 14 mei 1989. besday saye 14 ogos 1990. semua adalah kebetulan. saya sayang dia.

7. mase mak saya mengandungkan saya dulu, mak macam tumpah darah. dan nurse tu kata kalau saye lahir pun mungkin cacat. er..tapi alhamdulillah saya normal! hey2! :D

8. saya pernah accident jatuh motor patah tangan. itulah kali pertama dan saya harap yang terakhir. itulah kenangan pahit saya dan jugak kenangan manis saya.

9. wajib bawak earphone sony ericson kecintaan saya bila berjalan jauh naik bus. tak suke bunyi bas.

10. saya jarang minat coklat atau gula gula.

11. sebenarnye saya ada cita-cita nak bukak sebuah taska. tinggi sangat ke angan angan? takpe saya cuba capai.

12. saya tak pandai bergaya.

13. saya jarang meluahkan isi hati sebenar saya. adakah saya akan jadi gila?

14. sejak lahir sampai tingkatan 5, saya tak pernah masuk skolah asrama. kali pertama masuk asrama masa kat matrikulasi kedah. masa tu saya cuma bawak 3 helai t-shirt lengan pendek dan banyak baju lengan panjang untuk pakai kat hostel sebab saya ingat kat hostel kena pakai baju lengan panjang selalu. kelakar kan?

15. saya boleh menari sikit sikit. tapi irama malaysia la. hehe.

16. saya bakal cikgu yang mengajar murid pemulihan iaitu pelajar yang lambat pick-up.

17. saya mula mengamalkan prinsip hidup "mesti optimis" masa belajar kat institut pendidikan guru. skema kan saya? peduli apa saya yang penting ia boleh elakkan saya merungut sepanjang tahun.

18. saya boleh memasak. saya tak kata saya pandai memasak.

19. saya mengikut jejak langkah mak dan bapak saya iaitu jadi cikgu.

20. jangan berlagak depan saya dan saya akan meluat sejuta kali dalam hati. berdosa saya tau tak?

21. kalau boleh saya nak kawin awal. sebelum posting ke.. (blushing)

22. saya sudah lama memendam perasaan untuk bermain alat muzik tapi belum tercapai.

23. saya jarang dapat bertahan untuk berjaga kalau jalan jauh. paling teruk kalau masuk kereta@bas terus cari posisi terbaik untuk tido.

24. saya tersangat gemarkan baby dan kanak-kanak.

25. saya tak tahu darah saya jenis apa.

26. saya selalu rindukan zaman sekolah menengah saya especially zaman tingkatan 4 dan 5. hehe. ada sesuatu di situ.

27. saya seorang yang bercakap laju sampai kadang kadang orang tak faham saya cakap ape. dulu saya selalu merajuk dengan family saya bila diorang tegur atau mengejek.

28. saya jugak ada perasaan dan keinginan untuk jadi lebih baik macam kawan kawan saya yang baik baik, tapi belum diberi hidayah. hidayah milik allah. saya sedang cuba cari.

29. saya mula tahu erti keluarga bila duduk jauh dan selalu homesick. mengada ngada kan?

30. yang ketiga puluh ni special untuk kak nad, susahnye nak list 30 ni. on the way balik kampung pun saya terfikir fikir tau. hehe.

saya nak tag :

1. chiquita ficha
2. delasposyen
3. hatibalqis
4. ainul mujahidah
5. myhearty